CHAT TN50 @ KKLW

Majukan jalan raya, dan kemudahan pengangkutan darat

Vella

15-06-2017

Mewajibkan subjek moral/sivik untuk membentuk warganegara yang mempunyai ketinggian adab dan moral

Sharon

15-06-2017

Tingkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan menyediakan fasiliti lengkap/moden dan tenaga profesional yang mencukupi

Nani

15-06-2017

Menggalakkan dan menggiatkan aktiviti R&D termasuk penyediaan fasiliti untuk memupuk budaya inovasi dalam kalangan rakyat

Salsa

15-06-2017

Martabatkan TVET dan pendidikan kemahiran dengan menyediakan gaji yang tinggi sesuai dengan tahap kemahiran yang dimiliki

Peter

15-06-2017

Menyediakan platform khusus untuk rakyat menyuarakan pendapat dengan bebas dan telus

Alex

15-06-2017

Pendedahan dan penguasaan semua bahasa utama di negara ini kepada semua rakyat Malaysia

Syazwani

15-06-2017

Menambahbaik sistem pendidikan negara yang dapat menyediakan dan mengenal pasti minat serta bakat di peringkat pendidkan awal lagi

Aki

15-06-2017

Bandar KK semakin sesak. Kami amat memerlukan infrastruktur seperti LRT/MRT. Susah untuk meluaskan lagi perniagaan kami.

Aliana

15-06-2017

Pendidikan percuma di semua peringkat untuk membantu rakyat Sabah bersaing dan setanding dengan masyarakat yang telah maju.

Fadzil

15-06-2017

Selari dengan inisiatif Lebuhraya Pan Borneo, infrastruktur seperti ETS di semenanjung juga perlu disediakan untuk pengangkutan yang lebih efisien dan pantas

Siti

15-06-2017

Jadikan Sabah sebagai hub pelancongan dengan tema unik – Fishing Paradise. Bina kemudahan jalan/jambatan ke tengah laut dan sediakan resort untuk memancing

Uda

15-06-2017

Perluasan stesen mesra alam seperti stesen charge elektrik dan gas biodiesel untuk memudahkan kami menggunakan kenderaan teknologi hijau yang mesra alam

Adibah

15-06-2017

Sediakan indikator pembangunan luar bandar dengan mengambil kira contoh baik dari luar negara yang telah berjaya. Indikator ini perlu dipantau dan pencapaiannya dikongsi secara umum

Mohamad

15-06-2017

Bagi meningkatkan tarikan pelancongan, pihak berwajib Sabah boleh mengambil contoh dari Jepun seperti OSAKA PASS – gabungkan elemen pengangkutan, makanan, tempat2 menarik dalam satu pakej

Azlan

15-06-2017

Harapan saya kualiti pendidik ditapis mengikut peredaran dari semasa ke semasa.. setaraf dengan dunia globalisasi masa kini untuk mencapai tahun 2050.. ✌🏻

Juju

8-06-2017

Dalam usaha mempromosi jenama KEMAS@KEMAS4U di pentas global, kenapa tidak, pada tahun 2050 diwujudkan satu lagi kategori Tabika KEMAS yang bermediumkan Bahasa Inggeris (English Medium School) dalam keseluruhan sistem PdP dan pihak pengurusannya. Baru lah KEMAS dapat dipromote outside of nation.

Cleopatra_9099

7-06-2017

Saya ingin mencadangkan supaya semua permohonan atas talian kelas/latihan/bengkel yang ditawarkan kepada masyarakat luar bandar dipusatkan di satu laman web sahaja..

Natasha Sofea

2-06-2017

saya tertarik dengan konsep kansai pass di jepun. gabungkan kemudahan pengangkutan, tiket ke tempat menarik, makanan dalam satu pakej yang menarik dan memudahkan pelancong

mamat

25-05-2017

ambil contoh nara deer park (jepun). boleh implementasi di malaysia, fokus satu kawasan dengan satu tarikan tetapi adakan secara besar-besaran. lebih bagus selaraskan seluruh negara supaya tidak bertindan.

intan

25-05-2017

Majukan kawasan pedalaman di Sarawak menjadi kawasan membangun dengan memiliki prasarana sama seperti di bandar. Tambah baik elektrik, air, line telefon untuk komunikasi, internet tanpa batas, peluang pekerjaan di padalaman, ekonomi dari segi pertanian, perladangan mahupun perikanan, dan pendidikan.

ELLSIE SPEASNIE ANAK JULAI

25-05-2017

Boleh adakan kerjasama antara negara-negara asean, bergabung sediakan portal asean rural paradise. tarikan yang lebih tinggi untuk pelancong luar.

nizam

25-05-2017

Kita harap pada masa akan datang, pakar perbidanan dalam kalangan doktor wanita di hospital seluruh negara diperbanyakkan untuk membolehkan pesakit wanita diperbidankan oleh jururawat/doktor. Oleh itu, bantuan dana biasiswa dan sebagainya perlu diperuntukkan khas bagi mencapai objektif ini.

sarah

25-05-2017

Saya mohon untuk pihak kerajaan untuk memberi tumpuan yang sama rata sama ada di sekolah luar bandar dan sekolah di bandar. Supaya anak-anak di kawasan pedalaman tidak tercicir dari segi ilmu pengetahuan dan perkembangan teknologi. Tekankan juga aspek pendidikan sahsiah,bukan akademik semata mata.

Khairul Ammar Kamarul Azman

25-05-2017

Dicadangkan agar pihak kerajaan untuk mengadakan karnival produk Sarawak besar-besaran ke peringkat antarabangsa sepertimana penganjuran Rain Forest Festival yang sudah pun dikenali di peringkat antarabangsa dan mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan di dalam dan luar negara.

aznita

25-05-2017

Membentuk citra pendidikan pra sekolah yang bersifat pemikiran inovasi, keusahawanan, dan pendidikan berasaskan permainan. Untuk lepasan sekolah menengah, pendidikan berasaskan keusahawan, usahatani, usahatekno, taniniaga, teknoniaga dan taikun niaga perlu ditekankan melalui bimbingan, bantu niaga,

Othman Inayatullah

22-05-2017

Saya mencadangkan agar KKLW dapat membina lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan belia agar golongan belia tidak sepanjang masa menyewa. Kadar sewa rumah di Kuala Lumpur sahaja sekarang RM1200 sebulan manakala sewa bilik RM4OO sebulan. Kami sebagai belia sangat terkesan dengan masalah ni.

Adam Iskandar

4-05-2017

Memperkasakan pendidikan di sekolah sebagai pembentuk modal insan tanpa membebankan murid melalui subjek Pendidikan Islam, subjek moral, sivik, muzik, sukan dengan pengajaran lebih berkesan dan juga meningkatkan budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid tanpa mengira bidang yang diambil.

Arif Zuhairi

29-04-2017

Meningkatkan R&D serta membangunkan kawasan terbiar yang berada di luar bandar dari segi pertanian mahupun industri PKS bagi meningkatkan ekonomi serta pendapatan penduduk terbabit.Peluang pekerjaan di luar bandar juga boleh ditingkatkan bagi mengelakkan penghijran penduduk ke bandar yang besar

Muhammad Iqbar Bin Mohamad Razli

28-04-2017

selepas ini saya jangka banyak kawasan luar bandar akan jadi bandar. kami harap yang membangunkan kampung menjadi bandar itu kami sendiri bersama2 glc atau badan kerajaan . Sbb kami yakin mereka mungkin lebih memikirkan rakyat dari keuntungan..

zamri

28-04-2017

Memberi penekanan kepada pembagunan modal insan luar bandar. Permudahkan urusan permohonan apa2 bentuk bantuan/pinjaman bg memulakan perniagaan (permulaan perniagaan xperlu kpd pengalaman) Mentranformasikan program2 yg ditawarkan di Giat Mara kpd program baru yg mempunyai masa depan yg cerah.

Mohd Zaki

27-04-2017

Malaysia boleh menjadi pusat pembangunan islam dalam masa 30 tahun akan datang. Begitu banyak pusat tahfiz yang ada, perlu diselaras supaya kualiti pendidikan yg sama diperoleh, sekaligus melahirkan ulama yang berpengetahuan luas dan menjadi rujukan seluruh dunia. Saya yakin kita boleh ke arah ini.

Mat

27-04-2017

assalamulaikum.saya ada mencadangkan untuk kklw melaksnakan pelan rancangan dan pelan tindakan untukan memajukan segala input - input yang ada di luar bandar untuk melonjakkan ekonomi desa ke paras tahap yang maksikum dan optimum mungkin.oleh itu satu konglomerat dari inisiatif pihak swasta perlu di

mohd halim bin mohd jamhari

25-04-2017

Menambahbaik sistem capaian dan cakupan nternet serta kos yang rendah atau percuma.

FADLI KAMAL BIN JAMALI

22-04-2017

Wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di kampung. Bukan saja belia malah ramai org dewasa di kg yg tiada pekerjaan tetap. Rumah pun masih ramai org dewasa yg belum mempunyai rumah tetapi kenapa Rumah BN untuk belia sahaja?

Ismail

22-04-2017

Sudah sampai masanya KKLW perlu jadikan Internet sebagai salah satu prasarana luar bandar yg perlu diberi keutamaan selaras dengan moto KKLW Membandarkan Luar Bandar dan hasrat Kerajaan ke arah Kampung Desa Digital.

Samsudin

22-04-2017

RTC dan Mini RTC hendaklah memainkan peranan dalam sistem penyampaian. Banyak inisiatif dan program KKLW seperti SPED tidak sampai kepada rakyat. Justeru, RTC dan Mini RTC perlu diperkasa dengan kerap mengadakan seminar dan taklimat tentang program dan inisiatif di bawah KKLW.

Najib

22-04-2017

KKLW mesti ubah persepsi rakyat terhadap JKKK yang kebanyakannya tidak betul. Kebanyakan JKKK berada dalam dunia sendiri. Pemilihan dibuat di kalangan mereka, bantuan di kalangan mereka malah inisiatif Kerajaan spt SPED, KUD, RBC hanya berlegar di kalangan mereka sahaja. Rugi Kerajaan bayar elaun.

Hazlin

22-04-2017

Untuk penggal akan datang, mohon pihak KKLW pantau pemilihan Pengerusi JKKK. Bila ada JKKK yang tidak mahu memberi peluang kepada orang muda untuk kedepan, kampung takkan maju. 3 tahun pentadbiran JKKK lama idea orang muda tidak diendahkan. Mengakibatkan anak muda hilang rasa minat untuk bersama JKK

Dinda Kanda

21-04-2017

Tingkatkan prasarana di perkampungan dan pendalaman bagi kaum Org Asli khususnya kerana kami amat memerlukan nya.. Kemajuan teknologi amatlah kritikal.

SULIN

18-04-2017

Ramai penduduk kampung masih tiada pendapatan tetap malah ramai yang tidak mempunyai kerja tetap. Peluang pekerjaan perlu diwujudkan lebih banyak di kampung dan keutamaan perlu diberikan kepada penduduk kampung untuk mendapatkan kerja.

Zamri

9-04-2017

Belia di kawasan TAWAU (MEROTAI) Sabah, masih memerlukan bantuan dari segi penjanaan ekonomi. Untuk mengelakkan berlakunya aktiviti2 yang tidak sihat seperti menagih dadah dan sebagainya. Pihak berwajib harus pandang serius perkara ini.Sila buat tinjauan sosial terhadap kawasan kampung. Terima Kasih

Shelley Arbaani

4-04-2017

Radio dan TV Luar Bandar. High Speed Internet di luar bandar. Email untuk semua penduduk luar bandar. Group Email/Whatsapp/Telegram untuk semua penduduk luar bandar bagi memudahkan komunikasi dan pemasaran online. Domain Name luarbandar.my atau rural.my. 1Kampung 1Website.

Aida

4-04-2017

KKLW perlu ada lebih ramai staff dalam bidang ICT bagi membantu merealisasikan Desa Digital menjelang 2050 terutamanya infrastruktur talian Internet berkelajuan tinggi. Internet di luar bandar sangat perlahan malah ada kampung yang masih tiada liputan internet.

Saiful

3-04-2017

Menaiktaraf infrastruktur di pedalaman Sabah dan Sarawak dengan lebih aktif lagi sesuai dengan peredaran zaman terutama di bidang ICT.

Anak Malaysia

3-04-2017

Jadikan Mini RTC sebagai sebuah pusat tumpuan belia. Sertai kursus-kursus asas di Mini RTC. Berikan bantuan kepada belia yang berkemahiran untuk berniaga. Tingkatkan juga kelajuan internet agar program bisnes online tidak tergendala.

Leeya Adam

3-04-2017

Melaksanakan sistem aduan hotline menerusi whatsapp agar penduduk desa atau JKKK boleh menyalurkan secara terus info / masalah / keperluan orang kampong kepada kementerian. perlu ada unit yg bertanggungjawab menguruskan sistem ini.

John

3-04-2017

Apa yang I harapkan untuk 2050, sistem keretapi laju yang boleh akses ke kawasan luar bandar. Mengambil model keretapi laju shekanzen, Jepun di mana ianya menghubungkan setiap daerah dan negeri di Jepun. Jadi, bersesuaian dengan tagline KKLW membandarkan luar bandar, dimana belia2 luar bandar senang bekerja ke luar bandar / orang bandar jua senang untuk bekerja di luar bandar. Melalui sistem pengangkutan ini, ianya turut memberi kesan kepada sosio ekonomi luar bandar sekaligus kerana mendekatkan jarak bandar dan luar bandar. Jadi kepada pemimpin, TOLONG AMBIL MODUL SHEKANZEN untuk diadaptasi di Malayisa.

Brangelina Riskry

2-04-2017

Saya melihat pada 2050, Persatuan/Pertubuhan Peniaga Melayu dan Bumiputera telah perkasa. Cukup kekuatan untuk membantu peniaga Melayu dan Bumiputera yang cuba berniaga / hampir gagal dalam perniagaan. Ini dapat dilihat pada Bangsa Cina dan Mamak saling tolong menolong diantara mereka dalam perniagaan sehinggakan terlahirnya dikalangan bangsa mereka jutawan termasuk mereka yang masih muda. Saya melihat kesedaran ini masih pada tahap minima dikalangan kaum Melayu dan bumiputera bahawa pentingnya Persatuan/Pertubuhan yang kuat dalam perniagaan. Jadi, tolonglah mulakanlah langkah dari hari ini, atur strategi bagaimana untuk memperkasakan Persatuan/Pertubuhan Peniaga Melayu dan Bumiputera agar dapat bersaing seiring dengan bangsa2 lain di Malaysia. BUKA MATA BUKA MINDA

Christian Soriano

2-04-2017

Bangunan MARA di depan Bayview Hotel Langkawi telah lama terbiar, sepatutnya dijadikan RTC bukan sahaja menyediakan perkhidmatan Kerajaan tetapi peluang untuk membantu usahawan luar bandar.

Tarmizi

1-04-2017

Agensi di bawah KKLW sepatutnya mengambil pekerja di kalangan penduduk luar bandar terutamanya penduduk setempat. Baru lah memahami hasrat setempat dan penuh semangat untuk memajukan kawasan luar bandar.

Afiq

1-04-2017

Tahun 80an, Tasik Bukit Besi, Terengganu sangat ramai pengunjung namun kini hidup segan mati tak mahu selepas KETENGAH tutup operasi mainan air. Harap dapat majukan semula dgn buka Taman Tema Air di Tasik Bukit Besi agar dapat menjana ekonomi penduduk setempat dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Abdullah

30-03-2017

Saya cadangkan...10 komen atau cadangan mantap@terbaik yang terpilih diberi insiatif oleh KKLW berupa peralatan/gajet ICT...barulah ada ummmphhh!

Jep the cat

30-03-2017

good inisiatif.. saya berharap perkara yang baik dapat disampaikan kepada semua golongan. disampaikan bermaksud diadakan road show di setiap negeri bagi menyampaikan hasrat TN50@kklw ni agar rakyat faham. Iklan di dalam tv, radio dan surat khabar. Selain di dalam media sosial.

safwan

29-03-2017

ICT luar bandar perlu diperkasa dan diberi keutamaan bagi merealisasikan hasrat ke arah Kampung Digital. Usaha terbaik! KKLW bagi Transformasi Nasional 2050. Syabas! KKLW. Terima kasih Kerajaan.

Salwa

29-03-2017

Sudah sampai masanya infrastruktur ICT khasnya talian internet berkelajuan tinggi dijadikan salah satu prasarana luar bandar. SKMM perlu beri keutamaan kepada KKLW untuk menyediakan talian internet berkelajuan tinggi di luar bandar selaras dengan hasrat KKLW utk mewujudkan Kampung Digital.

Kamarul

29-03-2017

Asas keusahawanan di kalangan penduduk luar bandar perlu diubah mengikut perkembangan ekonomi dan teknologi pada TN50. Sebagai contoh, rantaian nilai perlu diperbanyakkan serta diperkasakan di kawasan luar bandar bg menghasilkan impak ekonomi yg besar seterusnya menghasilkan bnyk peluang perniagaan

Tengku Nor Fazyudi Bin Tengku Embong

29-03-2017

Kami rakyat luar bandar menyokong penuh hasrat KKLW ke arah Kampung Digital. Baru lah sesuai dengan moto KKLW "Membandarkan Luar Bandar". Kalau prasarana lengkap tapi internet sangat perlahan atau langsung tiada liputan internet, sudah tentu luar bandar tidak dapat dibandarkan.

Azizan

29-03-2017

Selepas 50 tahun Malaysia merdeka, baru wujud cawangan KKLW. Baru lah rakyat boleh nampak peranan dan fungsi KKLW. Selama ini hanya agensi pelaksana yang mendapat nama walaupun bajet/projek/program adalah inisiatif KKLW. Justeru, KKLW wajar menambah cawangan sehingga ke daerah terutama negeri besar.

Mira

29-03-2017

Sarawak tu sangat luas: banyak kawasan luar bandar, rancanglah dan berilah keperluan asas secukupnya secara berterusan bukan sewaktu nak pilihanraya sahaja.

Surays

25-03-2017

Mewujudkan usahawan Teknopreneur dengan pelbagai kemudahan dan prasarana bagi mengelakkan migrasi belia luar bandar ke bandar.

Hanray

25-03-2017

Mewujudkan kampung digital.

Rayhan

25-03-2017

Aksessibiliti pengangkutan yang cepat, memudahkan dan selesa untuk para pelajar luar bandar ke sekolah seterunya meningkatkan kualiti modal insan luar bandar. Contoh: penggunaan helikopter.

Hanray

25-03-2017

Memberi fokus kepada sektor pelaburan luar bandar. Fokus kepada kawasan2 luar bandar yg berpotensi untuk dimajukan dengan kerjasama pihak luar termasuk pelabur asing dari luar negara. Wajar diwujudkan satu unit baru di kplbw untuk melihat bidang baru ini.

Donald Trump

25-03-2017

Selain drpd menyediakan prasarana asas luar bandar dan membantu kumpulan sasar melalui peningkatan ekonomi dan program kesejahteraan rakyat, KKLW hendaklah memberi fokus dlm pembangunan agen transformasi luar bandar yakni pegawai2 dan juga staff2 agensi KKLW dengan menyediakan roadmap kerjaya pegawai dan juga talent scouting supaya segala dasar dan program dapat diteruskan secara mapan dan berterusan. Pegawai2 tertinggi juga hendaklah mesra staff dan tidak ego kerana berurusan dengan kumpulan sasar dan kumpulan pelaksana memerlukan mereka yg berjiwa besar dan memahami naluri akar umbi. Pembentukan pasukan yang harmoni dan mempunyai perasaan cinta pada luar bandar akan dapat meningkatkan keberkesanan kesampaian kepada masyarakat luar bandar.

Mira Filzah

25-03-2017

Jutaan terima kasih kepada yang telah menyumbang aspirasi dan idea tuan, puan, saudara dan saudari. Kami akan kumpulkan semua aspirasi ini dan jadikan panduan dalam pembangunan Dasar Luar Bandar.

Fawwaz KKLW

25-03-2017

Di kala harga getah naik melambung, pemilik kebun getah kaya raya tetapi di saat harga getah jatuh, Kerajaan prihatin dengan memberi bantuan kepada pekebun kecil getah. Kerajaan mesti fikirkan juga nasib penoreh getah macam kami yang hanya mengambil upah menoreh getah. Pekebun getah duduk goyang kaki sahaja tetapi duit masuk malah dapat bantuan daripada Kerajaan pula berbanding nasib penoreh getah yang terus hidup dalam kemiskinan dengan hanya mengambil upah menoreh getah.

Manaf

23-03-2017

Disebab kan harga Getah tidak Menentu mengapa risda tidak Ternak kelulut diladang getah, mungkin dengan ternakan kelulut di Ladang getah atau tanah persendirian yang berdekatan dgn hutan, mungkin hasil madu tu Boleh di jual untuk naik kan kos ekonomi kerajaan, Selain itu penternak kelulut pun Boleh menambah pendapatan.. Kita kena bagi peluang kepada golongan orang luar bandar dan orang asli

23-03-2017

1.Peruntukan latihan kemahiran utk jenerasi belia luar bandar dipertingkatkan utk pastikan sekurang2nya seorang belia mempunyai satu kemahiran dlm pelbagai bidang (1 belia: 1 kemahiran)-terutama belia yg sedikit ketinggalan dlm akedemik 2. Memperluaskan jaringan internet (percuma) di kg2 (luar bandar) utk pastikan jenerasi belia luar bandar tidak ketinggalan informasi penting bkaitan di dlm @ luar negara. 3. Pendedahan kemahiran hidup diperingkat sekolah rendah (darjah 5&6) 4. Penguasaan englis/cina utk pastikan belia luar bandar di masa hadapan bsedia dgn dunia bandar yg rata2nya menggunakan bahasa ini utk tujuan perniagaan/ekonomi

Wan aiman wan salim

23-03-2017

Agensi kerajaan perlu buat kem2 kecemerlangan pada anak2 muda dari sekolah sek dan Men... Conthh 1, kem kecermelgan jati diri 2.btn pada semua pelajar 3. Wataniah Dan lain2.... Dari sini kita dpt lahirkan pelajar yg cintakan negara berwawasan.....zaman makin maju jika tiada kursus2 begini anak2 akan lemau dengan gatget tq...

Muhammad faezee

23-03-2017

RTC perlu ada semua perkhidmatan sepertimana UTC. Jika boleh adakan Mydin di RTC sepertimana RTC Perak. Baru lah boleh bawa sekeluarga pergi RTC,

Suhaimi

23-03-2017

1. Hapuskan sekolah2 swasta ipts atau kemahiraN yang hanya ingin buat niaga Sbb akan lahirnya pelajar kuantiti... tiada quality.. maka makin ramai yg akan berhutang dengan agensi2 peminjam....

Muhammad faezee

23-03-2017

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) masih lagi ketinggalan dari segi bidang keusahawanan. Memandangkan tahun 2050 akan datang Negara kita akan bertambah maju, mohon pihak KKLW menyediakan satu pelan pembangunan keusahawan bagi golongan ini untuk bersama sama memajukan Negara kita.

Mohd Faizal bin Ismail

23-03-2017

Aspirasi saya 1.memantap subjek agama dan pendidikan moral bermula dari tadika kemas. 2.Pendidikan pemantapan komunikasi perlu mendominasi keperluan silibus.selalunya dinegara2 maju diorang memang bagi priority pada communication skills. 3.IT Based learning-Pembelajaran guna IT Based,sesuai dengan generasi milenium

Mohd Azmawi Fikri

23-03-2017

Hapuskan sekolah jenis kebangsaan. Hanya satu sekolah sahaja sekolah malaysia

23-03-2017

Apa-apa yg kita nak majukan usahawan, prasarana, pembangunan belia mahupun ekonomi atau mana-mana kategori lain perlu bermula dengan pembangunan moral. Negara-negara maju mendidik rakyat mereka akan pembangunan insan dan moral dari peringkat awal lagi. Moral yang tinggi akan mejadikan seseorang manusia, satu komuniti, sesebuah negara akan menjadi maju. Ambil contoh negara jepun dari kecil lagi mereka diajar pendidikan moral yang tinggi diperingkat sekolah. Ya memang betul kita pernah menggunakan dasar pandang ke timur tetapi dalam skop yang kecil. Corak pembelajaran di negara luar berbanding negara kita jauh kita ketinggalan. Satu lagi pihak kerajaan perlu membuat kajian balik setiap program yg dilaksanakan. Bagi sy peserta ekasih bukan masanya untuk diberi bantuan dari segi usahawan. Mereka kebanyakannya perlu diberi bantuan pembangunan insan terlebih dahulu. Untuk menjadi usahawan perlu banyak ilmu bukan saja dari bantuan kewangan tetapi ilmu menjadi teras utama. kebanyakan daripada peserta ekasih jika diberi bantuan berbentuk perniagaan adalah gagal. Bukan niat untuk merendahkan tetapi hakikatnya adalah benar. Sori panjang sangat. 🤘🏻Rock On

Jack

23-03-2017

Pemilihan ketua kampung seharusnya di buat secara undian dan bukannya dipilih oleh kerajaan negeri seperti sekarang kerana kita mahu rakyat menilai pemimpin setempat. Apabila masyarakat kampung itu bersatu, barulah pelbagai aktiviti dpt dilaksanakan seterusnya memajukan kg itu dalam pelbagai sudut. Seterusnya, Projek Desa Lestari seharusnya diteruskan terus menerus sehingga 2050, dan ditambah geran dan dananya utk setiap kampung yg layak. Desa lestari dilihat sangat efisyen dalam memartabatkan belia akar umbi di kampung kampung dgn menawarkan peluang pekerjaan yg byk kepada belia.

Roy

23-03-2017

Kajian daripada LPPKN menunjukkan Malaysia akan mencapai Negara Tua pada 2030 dengan rakyat Malaysia yg berumur 60 tahun mencecah 15% dari keseluruhan rakyat...Kebarangkalian pula tahun 2050 akan mencecah 20%. Adakah cadangan dari pihak KKLW sendiri untuk menyediakan prasarana yang bersesuaian dengan warga emas pada 2050 nanti yang kebanyakannya akan tinggal di kampung dan yang dari bandar setelah pencen atau bersara akan berpindah ke kampung.

Mohd Faizal bin Ismail

23-03-2017

Apa-apa yg kita nak majukan usahawan, prasarana, pembangunan belia mahupun ekonomi atau mana-mana kategori lain perlu bermula dengan pembangunan moral. Negara-negara maju mendidik rakyat mereka akan pembangunan insan dan moral dari peringkat awal lagi. Moral yang tinggi akan mejadikan seseorang manusia, satu komuniti, sesebuah negara akan menjadi maju. Ambil contoh negara jepun dari kecil lagi mereka diajar pendidikan moral yang tinggi diperingkat sekolah. Ya memang betul kita pernah menggunakan dasar pandang ke timur tetapi dalam skop yang kecil. Corak pembelajaran di negara luar berbanding negara kita jauh kita ketinggalan. Satu lagi pihak kerajaan perlu membuat kajian balik setiap program yg dilaksanakan. Bagi sy peserta ekasih bukan masanya untuk diberi bantuan dari segi usahawan. Mereka kebanyakannya perlu diberi bantuan pembangunan insan terlebih dahulu. Untuk menjadi usahawan perlu banyak ilmu bukan saja dari bantuan kewangan tetapi ilmu menjadi teras utama. kebanyakan daripada peserta ekasih jika diberi bantuan berbentuk perniagaan adalah gagal. Bukan niat untuk merendahkan tetapi hakikatnya adalah benar. Sori panjang sangat. 🤘🏻Rock On

Jack

23-03-2017

Hasrat ingin melihat seluruh kampung seluruh Malaysia pada tahun 2050 bertaraf DESA LESTARI. Kita nampak program DESA LESTARI mampu memberi transformasi kepada sesebuah kampung itu dari sebuah kampung yg biasa menjadi luar biasa. Semoga impian ini menjadi kenyataan!!! Go Desa Lestari.... Memacu Transformasi Desa!!!!

Mohd faiz bin mohd zin

23-03-2017

Saya cadangkan tender tender kecil seperti penyelenggaraan kebersihan banggunan yang berskala kecil dikhaskan untuk golongan muda yang mempunyai syarikat berkaitan dengan tender yang dtawarkan. Jika berjaya dilaksanakan, pasti anak muda kita akan lebih maju dalam sektor keusahawanan.

DLiyanamoy

23-03-2017

Hubungkan sekolah sekolah luar bandar ke universiti awam seluruh negara. Galakkan pelajar UA menguruskan aktiviti motivasi dan kepimpinan di sekolah luar bandar. Logiknya, pelajar universiti dapat merangsang murid sekolah berbanding ahli ahli motivasi atau fasilitator yang lebih jauh jarak umur dengan para murid.

Mohd. Nazirin Bin Abdul Rahman

23-03-2017

Saya ingin melihat 2050 belia luar bandar setaraf belia bandar melalui pembangunan dan perancangan moden khusus untuk belia. Jurang perbezaan luar bandar dan belia bandar sama 2050.oleh itu kita perlu fikirkan prasarana moden dan terkini supaya hasrat kerajaan untuk membandarkan luar bandar.

Mohd faiz bin mohd zin

23-03-2017

Jadikan setiap ahli kampung perlu ada 1 koperasi dimana ia bertindak sebagai pemangkin ekonomi kampung.

Syukran

23-03-2017

Saya fresh graduate yang baru sahaja memulaka kerja. Saya punya impian untuk memiliki rumah sendiri tetapi dengan harga yang semakin meningkat, saya merasakan tidak mampu untuk memilikinya sehingga umur saya 50 tahun. Jadi boleh tak kerajaan memperkenalkan satu Dasar atau kaedah untuk golongan belia menabung bersama kementerian sehingga satu tahap, kami boleh memiliki rumah sendiri. Senang cerita macam main kutu la, bayar rm 500 sebulan then cukup tempoh , dpt lah hasilnya. Macam tu.

Afiq

23-03-2017

Infrastruktur ICT seperti talian internet berkelajuan tinggi perlu diberi perhatian oleh KKLW dalam usaha membandarkan luar bandar. Talian internet yg terhad dan sangat perlahan membantutkan lagi usaha ke arah ekonomi digital.

Hisham

23-03-2017

Kemahiran perlu diketengahkan dalam aspek luar bandar. Pendidikan dan pembangunan kemahiran perlu di wajibkan Contoh : Setiap penduduk luar bandar perlu ada satu kemahiran bagi survival akan datang

23-03-2017

Saya ArabellA Diyani Generasi Kedua perkebun kecil, saya ialah usahawan bimbingan risda saya bukan menjual getah, tapi saya pembuat pelbagai jenis product kecantikan berasaskan madu kelulut yang hidup di hutan dan ladang getah, hasil madu itu lah saya membuat product kecantikan, risda selangor banyak Membantu saya Dari segi bantuan kewangan, packaging dan Kursus untuk menambah ilmu Pengetahuan.. pandangan saya adalah saya ingin Bukti kan product berasaskan madu kelulut Ni product terbaik, kerana ia bukan product Dari luar... Kenapa nak kena ambil product Antarabangsa sedang kan masih Ada rakyat malaysia yang Ada sijil yang belajar membuat product sendiri, Kenapa perlu sokong pasaran luar sedang kan Kita tahu product itu belum tentu elok, product keluaran bumiputra sudah tentu product Muslim tetapi tetap sukar mendapat logo halal dan logo kkm... Kenapa Kita sebagai Rakyat Malaysia sukar pasar kan product kepada negara luar?? kenapa kita support product luar cth product dari Thailand dan cina kita orang Malaysia jadi Kita kena membantu sesama kita, Kita orang islam Kenapa susah nak dapat kelulusan halal?

ArabellA Diyani

23-03-2017

Pada pandangan saya dan idea untuk TN50 perlu dilihat dalam aspek keusahawanan dimana mewujudkan satu ekosistem keusahawanan yang lengkap contohnya daripada startup sampai commercialization. Wujudkan setiap kampung satu centre

Syukran

23-03-2017

Banyak program Kementerian yg sangat bagus untuk membantu rakyat. Namun ramai yang masih tidak tahu inisiatif KKLW. Contohnya majoriti penduduk luar bandar tidak tahu tentang program Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) . Oleh itu, KKLW perlu lebih kerap turun padang dengan mengadakan hari bertemu pelanggan di RTC dan mini RTC.

Syahrul

23-03-2017

Dato Seri, jangan sesekali lupakan kami di kawasan luar bandar. Kami perlukan lebih banyak peluang pekerjaan. Kami tidak mahu berhijrah ke bandar.

Ika

23-03-2017

wujudkan peluang ekonomi luar bandar...cari program pembangunan ekonomi yg terbaik

Kyo

23-03-2017

Khidmat JKKK perlu diperkasa dengan memberi peluang penduduk kampung mencalon dan memilih ketua kampung dan JKKK di kawasan masing2. Pilihanraya JKKK mungkin boleh dibuat scara online. Hentikan khidmat ketua kampung dan pengerusi JKKK yang menyalahguna kuasa utk mengaut keuntungan melalui projek dan beri bantuan kepada kroni sahaja.

Azizan

23-03-2017

Program RBC KKLW banyak membantu usahawan luar bandar menjana pendapatan. Terbaik RBC KKLW

hassan

23-03-2017

Setiap agensi kerajaan perlu ada saluran yang lebih mesra pengguna seperti whatsapp channel, telegram dsb untuk memudahkan aduan dibuat.

Zainorin

23-03-2017

Belia di kampung ramai yang tiada kerja. KKLW mesti wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di luar bandar terutamanya agensi di bawah KKLW seperti KETENGAH sepatutnya mengutamakan penduduk di wilayah KETENGAH untuk mendapatkan pekerjaan berbanding sekarang ramai pekerja dari luar wilayah.

Afiq

23-03-2017

Kami memerlukan hospital pakar di setiap negeri bagi mengelakkan kesesakan dan untuk keselesaan pesakit.

zul

23-03-2017

Kami amat risau dgn masa hadapan kami. Nak berniaga saingan ramai, nak beli rumah pun makin mahal. Mungkin kerajaan boleh menyediakan pelan pembangunan belia lengkap dengan inisiatif kerajaan untuk membantu kami

Diana

23-03-2017

Saya ingin mencadangkan supaya beri peluang2 kerja kepada belia2 yg tiada kelulusan tinggi dimalaysia.. Supaya mereka dapat mnjadi diri sndiri.. Kerana sekarang kos sara hidup semakin tinggi.. Lagi2 dengn kemasukan warga asing yg berkerja dimalaysia semakin ramai... TQ

Mohamad Azrul

23-03-2017

Mungkin KKLW boleh membantu menyediakan hub capaian internet berkapasiti tinggi mengikut lokasi pusat di kampung. Susah untuk berniaga guna instagram guna line internet kecikkkk.

Belia harapan negara

23-03-2017

KKLW perlu juga memandang serius masalah2 sahsiah diri di kalangan remaja luar bandar yg semakin teruk.

Jun

23-03-2017

Kawasan luar bandar perlukan lebih banyak lampu2 jalan agar dapat mengelakkan sebarang kemalangan terutama di waktu malam. Terima kasih.

Kamal

23-03-2017

RTC dan mini RTC perlu ada staff IT supaya dapat membantu masyarakat desa dalam ICT.

Norhaffiza binti Ali

23-03-2017

ICT perintis pembangunan luar bandar. Justeru, perbanyakkan inisiatif ICT di luar bandar.

Yusof bin Ibrahim

23-03-2017

Luar bandar masih jauh ketinggalan dalam bidang ICT. Tingkatkan program ICT di luar bandar dan perluaskan liputan rangkaian 4G LTE.

Azman bin Yusof

23-03-2017

Jumlah Komen / Cadangan :[ 105 ]


Sumbangkan Komen Anda mengenai TN50 @ KKLW :